Kepentingan Sticker, Banner & Bunting Perniagaan

Kepentingan Sticker Terutama Dalam Penjualan Produk Makanan

Sticker, Banner dan Bunting merupakan keperluan penting dalam menaikkan imej dan mewar-warkan perniagaan kepada pelanggan berpotensi. Dengan design yang mampu menarik perhatian, maklumat perniagaan yang lengkap beserta cara untuk anda di hubungi pastinya akan menarik minat pelanggan, sekaligus membentuk hubungan dua hala walaupun sekadar untuk bertanya.

Kepentingan Sticker, Banner & Bunting Perniagaan

Kepentingan Sticker / Label

Pandang pertama (first impression) tidak dinafikan sangat penting dalam usaha memperkenalkan produk kepada bakal pelanggan, terutama bagi peniaga produk makanan seperti kerepek, serunding, kuih-muih dan aneka biskut. 
Justeru, dengan adanya sedikit sentuhan dan perhatian pada cara produk makanan dibungkus dan dipamerkan, matlamat seterusnya untuk memikat hati pelanggan melalui kaedah 'cuba dulu, baru beli' adalah lebih cerah!
Produk makanan yang begitu banyak di pasaran  pastinya memberikan saingan yang tinggi untuk merebut keyakinan pelanggan. Justeru, dengan adanya sedikit sentuhan dan perhatian pada cara produk makanan dibungkus dan dipamerkan, matlamat seterusnya untuk memikat hati pelanggan melalui kaedah 'cuba dulu, baru beli' adalah lebih cerah!

Kepentingan Bunting / Banner

Memiliki premis perniagaan merupakan satu kelebihan, tidak kira sama ada ianya bangunan kedai ataupun deretan kedai yang didirikan dari kanopi di kaki lima, pasar tani atau pasar malam. Untuk kekal bersaing dan tampil yakin, pengiklanan kedai adalah sangat penting. 
Jika anda menyediakan perkhidmatan yang bagus, produk-produk yang unik, menarik, sedap dan cantik, namun jika ianya tidak ditonjolkan dan tidak war-warkan agar mendapat perhatian bakal pelanggan, sudah pasti jumlah jualan juga kurang memberangsangkan.
Bunting / banner adalah satu keperluan dalam usaha menaikkan imej, mewar-warkan perkhidmatan dan produk, menarik perhatian bakal pelanggan dan paling penting meningkatkan hasil jualan!

Contoh Tempahan Bunting Rose Merah Collagen

Tip Penting Untuk Peniaga Kecil-Kecilan

Memulakan perniagaan adalah sangat mudah, namun mengembangkan perniagaan perlukan usaha dan kretiviti yang berterusan, disamping mengekalkan hubungan mesra dengan para pelanggan. Langkah pertama telah anda lakukan iaitu mulakan berniaga, syabas!
Mulakan langkah seterusnya iaitu mewar-warkan perniagaan anda!
Cipta imej yang menarik & bermanfaat bagi memudahkan bakal pelanggan mengenali perniagaan anda, produk anda dan paling penting, mengenali anda!

Sampel Tempahan Banner Untuk Bazar dan Kafe Sempena Ramadhan

Khidmat Design Sticker, Banner & Bunting

Akofena Enterprise menawarkan khidmat design untuk Sticker, Banner dan Bunting dengan kos bermula dari RM35 untuk setiap design. Bagi anda yang mendapatkan khidmat design dan membuat tempahan Sticker (Contoh: botol biskut raya atau penjenamaan produk) dalam masa yang sama, tawaran menarik menanti anda!

Harga istimewa turut di tawarkan untuk tempahan Banner & Bunting beserta design.

Hubungi kami melalui mana-mana 3 cara berikut untuk rundingan dan pertanyaan:

  1. Lengkapkan borang pertanyaan melalui menu Hubungi Kami.
  2. Tinggalkan Message di halaman Facebook rasmi kami: Akofena.Enterprise
  3. Hubungi talian Whatsapp: 017 - 936 5563



Comments

Popular Posts