Sticker Balang Biskut

Sticker, Gangguan Mata Yang Hebat!

Sticker memainkan peranan penting untuk meningkatkan kesedaran prospek tentang kewujudan produk anda di antara timbunan produk-produk lain di pasaran.

Ini kerana, design sticker yang dibina dengan ciri-ciri personalise / idea menarik tersendiri akan menjadi satu tarikan dan juga gangguan yang bagus pada mata pelanggan, justeru meningkatkan tahap kesedaran pelanggan terhadap produk anda.

Hal ini terpakai untuk semua keadaan, samada jualan melalui kempen online, ataupun pemasaran fizikal di premis-premis dan lokasi pilihan anda.

Benarkah Sticker Boleh Tingkatkan Jualan?

Jawapannya boleh jadi Ya atau Tidak.

Ya, sticker boleh tingkatkan jualan jika anda memahami apakah tujuan design sticker yang anda hasilkan.

Perkara pertama dalam memasarkan produk ialah mengistiharkan kewujudan produk anda kepada prospek di luar sana. Bagaimana mengistiharkan kewujudan?

Penerangan kali ini kami fokuskan khas bagi memasarkan produk usahawan SOHO yang menghasilkan produk yang sedap sebagai kudap-kudapan; dan biasanya seperti kerepek, popia, biskut raya, maruku, durian crepe dan lain-lain produk traditional.

Mulakan Dengan Membuka 'Channel' Sebanyak Mungkin


Aktiviti membuka 'channel' telah lama di amalkan oleh pak cik & makcik, malah atuk & nenek kita dahulu yang terlibat dalam perniagaan kuih muih & aneka makanan.

Membuka 'channel' maksudnya, menjalinkan kerjasama dengan pengusaha lain yang berkaitan dengan produk yang kita hasilkan.

Contohnya, peniaga kuih muih.

'Channel' yang mampu melonjakkan jualan bagi pengusaha kuih muih pastilah kedai-kedai kopi dan warung yang menjual makan pagi.

Berkawanlah dengan mereka, minta kebenaran mereka untuk meletakkan produk anda di premis-premis mereka. Sekurang-kurangnya, mereka sudah ada pelanggan tetap yang sanggup menyerahkan wang dengan senang hati.

Tip: Pilih lokasi kedai yang ramai pelanggan, & runding dengan pemiliknya berapakah komisen bagi setiap jualan yang mereka inginkan.

Cadangan 'channel' Bagi Produk Kerepek (Kudapan)

Produk dengan matlamatnya sebagai kudapan enak setiap masa paling besar pasarannya. Ini kerana ianya tidak mengenal musim, pengguna, dan tiada waktu makan yang khusus. Malah, ianya boleh juga dihidangkan dalam majlis-majlis formal sebagai makanan ringan.

Berikut kami senaraikan beberapa cadangan 'channel' untuk produk berkonsepkan kudapan:
  • Pejabat / Tempat Kerja: Lokasi begini anda perlu bijak memilih berkawan dengan 'kaki havoc' yang mana sangat terkenal untuk mendapatkan / membeli apa jua barang sekalipun. Mereka adalah orang yang sudah ada pembeli & pengaruhnya. 'Air liur' mereka sangat pandai memikat!
  • Gerai Makan: Cari gerai yang beroperasi dari pagi hingga petang untuk meningkatkan kadar jualan produk.
  • Stesen minyak: Pilihan stesen yang memiliki kedudukan berdekatan penempatan penduduk yang tinggi akan meningkatkan kadar jualan.
  • Sekolah / Universiti / Kolej: Target person dalam lokasi ini sangat pelbagai samada staff sokongan, pelajar atau tenaga pengajar. Buat pilihan yang bijak.
  • Pasar Tani / Pasar Malam
  • Mini Mart: Pilih mini mart yang berada sekitar anda, kerana mini mart yang berjiwa komuniti (dibuka di kawasan perumahan) biasanya lebih mudah menerima produk dihasilkan komuniti setempat.

Dah Ada Channel, Jangan Tertinggal Step Penting Ini!

Sticker produk!

Ini adalah nyawa kepada produk. Ianya penting untuk membina kepercayaan pada perniagaan anda. Bila pelanggan sudah terpikat dengan kesedapan produk, mereka akan ingat jenama yang mereka makan.

Jadi, tidak kira dimana 'channel' sekalipun mereka terlihat produk anda, mereka terus akan ingat semula rasanya yang sedap, justeru meningkatkan keinginan untuk mendapatkan produk anda.

Sekarang, sudahkah anda faham kepentingan sebenar sticker? dan pada pendapat anda, benarkah sticker boleh meningkatkan jualan?

Contoh Design Sticker


Berikut adalah beberapa contoh sticker yang menggunakan satu saiz yang sangat popular sehingga kami terus kekalkan saiz ini dengan harga subsidi untuk membantu para usahawan SOHO.

Sticker tempahan Krepekliciousz

Sesuai untuk ditampal pada pelbagai jenis packaging
Boleh ditampal pada balang biskut jenis tinggi atau rendah.
Untuk membuat tempahan sticker saiz ini, sila lengkapkan maklumat di bawah. Pihak kami akan menghubungi anda berdasarkan maklumat yang diberikan bersama sebut harga.


Comments

Popular Posts