Cara Unik Meriahkan Majlis Perkahwinan

Button badge untuk majlis perkahwinan semakin mendapat sambutan dari kalangan warga tempatan. Penggunaannya di lihat sebagai suatu yang unik dalam menaikkan seri majlis, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan dalam kalangan ahli keluarga, para jemputan dan sahabat handai.
Pilihan Design Button Badge Perkahwinan | Sumber Gambar: koolbadges.com

2 Cara Button Badge Menambahkan Kemeriahan Majlis Perkahwinan Anda

Button badge kahwin pada kebiasaanya digunakan dalam dua (2) tujuan iaitu penghargaan buat ahli keluarga dan kenang-kenangan untuk para jemputan. Kedua-dua keadaan mampu memberikan kesan yang besar dalam menambahkan kemeriahan majlis perkahwinan anda, namun ianya bergantung juga pada cara bagaimana badge kahwin dipersembahkan.

2 cara button badge menambahkan kemeriahan majlis perkahwinan anda ialah:

  • First Impression (Pandangan pertama): Mungkin ini hanya sesuatu yang kecil pada pandangan anda, tapi tidak pada mata para tetamu. Hadir ke sebuah majlis perkahwinan yang di serikan dengan satu tanda keseragaman, terutama dengan pemakaian aksesori seperti button badge, memberikan mesej yang jelas kepada para tetamu tentang keceriaan majlis yang ditonjolkan dan keakraban nilai kekeluargaan pengantin.
  • Tuan Rumah: Penggunaan button badge dengan design yang menampilkan nama / pangkat / panggilan pemakai adalah satu cara yang unik bagi memudahkan tetamu mengenali ahli keluarga pengantin. Tetamu pastinya tidak kekok berbual mesra dengan ahli keluarga pengantin sementara menuggu peluang untuk berjumpa dengan watak utama, Raja Sehari.

Sesi Bergambar Yang Unik

Perkara yang paling mengujakan bagi penulis ialah bila sesi bergambar diadakan. Pemakaian button badge beserta nama individu menghasilkan sebuah gambar keluarga yang dapat di lihat keakrabannya, di samping mudah mengenali wajah-wajah di dalamnya dan ini sangat membantu terutama bagi yang memiliki sebuah kelaurga yang besar.
Namun demikian, penggunaan button badge untuk menambahkan kemeriahan majlis perkahwinan adalah satu perkara yang subjektif dan bergantung pada pendapat serta kemampuan masing-masing.

Kongsikan Pengalaman Anda

Jika anda pernah menghadiri majlis perkahwinan yang menggunakan button badge seperti keadaan yang diatas, atau lebih unik, kongsikan bersama diruang komen untuk dijadikan panduan para pembaca.

Extra: Ikuti panduan Keperluan Doorgift Untuk Persiapan Perkahwinan

8 Pilihan Design Percuma Button Badge Kahwin

Akofena Enterprise menawarkan 8 pilihan design percuma button badge kahwin untuk pilihan anda. Sebarang pengubahsuaian pada design hendaklah dirujuk terlebih dahulu samaada melalui pengisian borang hubungi kami atau Whatsapp di talian 017-9365563.
8 Pilihan Design Percuma Button Badge Kahwin




Comments

Popular Posts