Tempahan Sticker Balang Biskut


Akofena Enterprise turut membuka tempahan sticker untuk pelbagai kegunaan terutama untuk di jadikan label pada packaging, botol / balang biskut dan kotak. Sangat sesuai untuk kegunaan peribadi (cenderamata perkahwinan) dan perniagaan (branding).

Contoh Design Sticker Balang Biskut Raya | Pembekal Aneka Kerepek

Tempahan Sticker Balang Biskut

Antara tempahan popular yang sering kami terima adalah tempahan sticker balang biskut, terutama dikalangan peniaga yang memasarkan hasil produk makanan sendiri seperti biskut raya, serunding, mini karipap, dan pelbagai lagi makanan tempatan yang popular.

Lihat juga kemaskini 2017: Sticker Balang Biskut

Saiz Botol / Balang Popular

Sepanjang penglibatan Akofena Enterprise dalam menyediakan / menghasilkan tempahan sticker bagi kegunaan pada balang biskut raya, satu ukuran asas telah dihasilkan untuk rujukan anda bagi memudahkan urusan tempahan sticker balang biskut (rujuk gambar Balang Biskut Raya).
Balang Biskut Raya (Saiz Sederhana)

Keterangan Gambar Balang Biskut Raya (Saiz Sederhana)

  • Saiz bahagian badan botol yang sering digunakan adalah pada ketinggian 180mm / 18cm, dengan ukurlilit 365mm / 36.5cm. Pada kebiasaannya, label akan ditampal pada bahagian tengah botol (warna biru pada gambar) dengan ukuran panjang dari 120mm ~ 150mm, dan tinggi 70mm ~ 90mm.
  • Untuk bahagian penutup botol / balang, terdapat 2 jenis penutup yang sering digunakan iaitu Jenis 1 yang mempunyai pemegang dan Jenis 2 tanpa pemegang. Bagi Jenis 1, sticker yang akan dihasilkan adalah sekitar saiz 70mm diameter (warna biru pada gambar), manakal untuk Jenis 2 pula adalah sekitar saiz 110mm diameter.

Perbezaan Tempahan Sticker Balang Biskut Jenis Custom & Fix Size

Untuk tempahan sticker, terdapat 2 jenis utama yang memainkan peranan dalam penentuan harga iaitu:
  1. Custom Size: Sticker jenis custom size bermaksud potongan yang dibuat adalah berdasarkan bentuk design yang dihasilkan iaitu tidak terhad kepada bentuk bulat atau segi empat sahaja.
  2. Fix Size: Sticker jenis fix size bermaksud potongan yang dibuat samada dalam bentuk bulat atau segi empat sahaja.
Contoh Custom Size Sticker

Cara Membuat Tempahan Sticker Balang Biskut

Terdapat beberapa langkah yang perlu di ambil untuk memudahkan proses tempahan sticker balang biskut antaranya:

  1. Membuat ukuran pada bahagian yang ingin dilekatkan label / sticker seperti bahagian penutup dan bahagian badan botol. Langkah ini sangat penting agar label yang dihasilkan nanti dapat dilekatkan dengan sempurna & kelihatan kemas.
  2. Setelah ukuran panjang & lebar telah dikenal pasti, tetapkan pula bagaimana saiz sticker yang anda inginkan samada custom ataupun fix size.
  3. Senaraikan maklumat yang anda perlukan untuk diletakkan pada sticker seperti nama, alamat, no telefon, bahan-bahan  masakan, website, facebook page dan lain-lain.
  4. Isi semua maklumat penting pada borang tempahan Sticker / Label dan maklum balas segera akan diberikan berkaitan harga bagi tempahan anda.
Lihat juga: Saiz Sticker Popular, Harga Istimewa!

Saiz Bekas Berbeza dari yang kami senaraikan?

Jangan risau, anda hanya perlu dapatkan ukuran panjang & lebar sticker yang anda perlukan, kemudian isi borang tempahan sticker / label, kemudian tunggu maklumbalas dari kami.

Untuk tempahan, klik:
Borang Tempahan Sticker

Comments

Popular Posts