Cara Design Badge I AM Menggunakan Microsoft Word

Cara Design Badge I AM Menggunakan Microsoft Word
Populariti Button Badge I AM sangat hebat dalam mewarnai dunia grafik. Dengan design yang sangat simple, ia berterusan menjadi satu trend pemakaian sama ada dalam bentuk button badge atau pon t-shirt dan sebagainya.

DIY Design Button Badge I AM dengan MS WORD

Tahukah anda, Microsoft Word bukan sekadar satu perisian untuk menulis document semata-mata, malah ianya boleh digunakan untuk kerja-kerja grafik yang ringan seperti penyediaan design button badge I AM hanya dengan mengikuti beberapa langkah seperti berikut:

Lihat Juga: Design Menggunakan Microsoft Word

Note: Mulakan dengan membuat satu (1) document kosong.

Langkah 1


  1. Pilih Insert > Shapes > Basic Shapes > Oval
  2. Klik pada mana-mana ruang kosong Document.
  3. Pilih Drawing Tools > Size > Tukar Shape Height & Width: 69.5mm
  4. Pilih Drawing Tools > Shape Fill: Black > Shape Outline: No Outline

*Langkah 2 (Bertujuan sebagai ‘Guide’ untuk design)


  1. Ulang arahan nombor (1) & (2) pada Langkah 1.
  2. Pilih Drawing Tools > Size > Tukar Shape Height & Width: 58mm
  3. Pilih Drawing Tools > Shape Fill: No Fill

Langkah 3


  1. Tekan & jangan lepaskan Shift pada keyboard, kemudian klik pada kedua-dua shape yang telah dibuat.
  2. Pilih Drawing Tools > Arrange > Align > Align Center > Align Middle.

Langkah 4


  1. Pilih Insert > Shapes > Rectangles > Rectangle
  2. Klik pada mana-mana ruang kosong Document.
  3. Pilih Drawing Tools > Size > Tukar Shape Height: 0.37” & Width: 2.11”
  4. Pilih Drawing Tools > Shape Fill: Yellow > Shape Outline: No Outline
  5. Ulang arahan nombor (1) & (2)
  6. Pilih Drawing Tools > Size > Tukar Shape Height: 0.32” & Width: 1.48”
  7. Pilih Drawing Tools > Shape Fill: Black > Shape Outline: No Outline
  8. Susun seperti Rajah 2.

Langkah 5


  1. Pilih Insert > Text > Text Box > Simple Text Box
  2. Taip perkataan ‘I AM’ > Ubah tulisan kepada Myriad Pro,  Bold, Saiz: 18
  3. Klik pada perkataan ‘I AM’ > pilih Drawing Tools > Shape Fill: No Fill > Shape Outline: No Outline
  4. Susun perkataan seperti dalam Rajah 3.


Tips: *Sila pastikan design penting anda tidak melebihi bulatan ini.
**Setelah design siap sepenuhnya, delete bulatan dari langkah 2 & save, kemudian emailkan kepada kami untuk proses cetakan design anda!

Muat Turun Panduan Cara Design Badge I AM Menggunakan Microsoft Word dalam bentuk PDF:

DOWNLOAD

Comments

Popular Posts