Warna Selepas Print Berbeza?

Permasalahan yang sering timbul jika melibatkan cetakan atau printing adalah warna hasil cetakan tidak sama seperti paparan skrin. Pernahkah anda mengalaminya? Tidak kira sama ada anda pelanggan atau designer, terdapat beberapa perkara asas perlu anda tahu jika melibatkan cetakan design.

Punca Berlakunya Perbezaan Warna

Untuk memahami punca berlakunya perbezaan warna, adalah penting untuk mengetahui asas perbezaan 2 jenis sistem warna iaitu:
    • Warna RGB (Red-Green-Blue): RGB adalah sistem warna yang dikategorikan sebagai warna cahaya dan digunakan bersama sistem paparan elektronik seperti LCD Monitor, Kamera Digital, Skrin Telefon Pintar dan Pengimbas (Scanner). RGB berupaya menghasilkan berjuta warna dengan jangkauan warna yang lebih luas dan banyak digunakan pada perisian-perisian suntingan gambar, contohnya Adobe Photoshop.
      RGB
    • Warna CMYK (Cyan-Margenta-Yellow-Black): CMYK pula dikenali sebagai sistem warna dakwat (color ink) dan digunakan di dalam industri percetakan termasuk mesin pencetak (printer) yang terdapat di rumah anda. Empat warna utama yang boleh dilihat pada cartridge iaitu biru, magenta, kuning dan hitam akan di olah bagi menghasilkan pelbagai warna yang perlu untuk proses cetakan (printing).
    CMYK
    Perbezaan yang ketara boleh dilihat jika anda perhatikan pada kedua-dua gambar di atas. Perbezaan sifat bagi RGB yang menghasilkan/memancarkan cahaya; dan CMYK yang menyerap/memantulkan cahaya menyebabkan penghasilan spektrum cahaya pada panjang gelombang (wavelength) yang berbeza. Oleh itu, hasil grafik sama yang dipaparkan pada skrin monitor mungkin tidak sama seperti hasil setelah ianya di cetak.

    Printing Saturation - Antara Faktor Penyumbang

    Printing saturation juga merupakan salah satu punca  yang menyumbang kepada perbezaan warna berlaku. Ini disebabkan oleh 2 faktor utama seperti kelikatan dakwat CMYK yang digunakan dan tetapan (setting) pada mesin pencetak yang berbeza mengikut pengeluar dan pekilang.

    Cara Mengurangkan Perbezaan Warna

    Pilihan Warna Antara RGB dan CMYK


    Fahami hasil akhir yang anda inginkan. Jika hasil akhir grafik tersebut adalah untuk dipaparkan pada medium elektronik seperti digunakan pada laman sesawang (website), maka pilihan ruang kerja RGB adalah lebih sesuai. Manakala bagi hasil akhir grafik dalam bentuk fizikal yang memerlukan cetakan, penggunaan ruang kerja CMYK adalah lebih tepat.

    Format CMYK Sebagai Hasil Akhir


    Tidak dinafikan, dunia percetakan kini menerima hasil grafik dalam format RGB untuk dicetak menggunakan teknologi cetakan digital (digital printing), malah RGB lebih popular digunakan dalam ekspresi dan penciptaan gambar-gambar kerana faktor pilihan warna yang lebih banyak dan lebih tepat.

    Walaubagaimanapun, cetakan digital menukarkan format RGB kepada CMYK secara automatik; dan bagi mendapatkan hasil penukaran format yang baik, profile ICC perlu disertakan untuk membantu mengekalkan warna dan ketelitian hasil kerja pada kadar terbaik.



    Instagram
    Kenali kami: Akofena Enterprise Kota Bharu, Kelantan.
    Printing & Design Service
    Hotline: 017-9365563
    Email: sales.akofena@gmail.com
    fb.com/akofena.enterprise

    Comments

    Popular Posts