Design Menggunakan Microsoft Word

Penghasilan design yang bermutu sering dikaitkan dengan penggunaan perisian (software) yang kompleks, dan memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengendalikannya. Justeru, kos menghasilkan sebuah design juga ditentukan bersesuaian dengan kesukaran mengendalikan perisian disamping perahan idea untuk menghasilkannya.

Nilai Sebuah Digital Design

Seni kreatif digital merupakan satu cabang yang sangat penting kebelakangan ini. Perkembangan pesat dunia perniagaan atas talian turut menjadi penyumbang utama fenomena ini berlaku. Keperluan menghasilkan design untuk aktiviti pengiklanan kini tidak lagi terhad pada cetakan fizikal semata seperti flyers, business card, bunting dan poster.

Sebuah design yang bagus bukan sahaja di nilai dari seni grafik yang dihasilkan, malah olahan idea agar hasil akhir mampu mencapai objektif asal design dihasilkan adalah penting untuk menentukan keberkesanannya sebagai medium pengiklanan.

Mudahkah Sebuah Design Dihasilkan?

Penggunaan perisian (software) yang betul untuk menghasilkan design seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop atau Coral Draw adalah penting bagi membantu mencapai matlamat penghasilan design yang bermutu. Namun, penggunaan perisian yang kompleks memerlukan usaha yang berterusan dan tempoh masa tertentu bagi menguasainya serta turut membabitkan kos kewangan pada kadar tertentu.

Justeru itu, Akofena Enterprise berbesar hati untuk membawakan anda beberapa siri tutorial menghasilkan design dengan hanya menggunakan perisian yang sering digunakan iaitu Microsoft Word, dengan matlamat memberikan anda gambaran kasar apakah nilai / harga sebuah design yang sepatutnya dihargai.

Design Menggunakan Microsoft Word

Siri tutorial yang akan dipamerkan nanti mendapat inspirasi dari sebuah video yang dihasilkan oleh Vaclav Krejci di laman YouTube yang bertajuk:
Was iOS 7 created in Microsoft Word? 


Nikmati Kos Design Percuma

Akofena Enterprise menggalakkan anda untuk tampil dengan design kreatif anda tersendiri, justeru membantu menguruskan budget anda dengan lebih baik tanpa anda perlu memikirkan untuk membayar kos design. Disamping memupuk nilai kreativiti, Akofena Enterprise juga berharap anda bakal memperoleh manfaat dan skill baru dengan menjadikan perisian Microsoft Word sebagai salah satu platform menghasilkan sebuah design terutama untuk menghasilkan design yang simple, dan mudah.

Comments

Popular Posts