Rahsia Button Badge Berkualiti

Penghasilan button badge bermutu bermula dengan pencarian material yang berkualiti, di samping penyediaan artwork yang menarik serta proses cetakan yang jelas, terang & kemas. Berikut kami kongsikan maklumat material yang kami gunakan bagi menyediakan yang terbaik untuk pelanggan kami.
Lihat juga: 4 Checklist Tempahan Button Badge Online

Kualiti Button Badge Custom

Button badge hadir dalam pelbagai saiz & jenis. Manakala di Akofena Enterprise, kami memfokuskan kepada penghasilan Pin Button Badge pada saiz 58mm. Terdapat 3 bahagian utama Pin Button Badge 58mm iaitu kerangka besi (metal shell), plastik pin belakang (plastic pin-back) dan lapisan plastik luar (plastic film / mylar).

Pin Button Badge Material

Perbezaan Kualiti Material

Plastik Pin Belakang (Plastic-Pin Back)

Sepanjang berkecimpung dalam bidang penghasilan button badge, dapat kami simpulkan bahawa pemilihan plastik pin belakang merupakan aspek yang penting agar button badge yang dihasilkan tahan lama & pin tidak mudah patah. Plastik pin belakang buatan korea menjadi pilihan kami kerana materialnya dihasilkan dari plastik yang lebih tebal, kemasan licin & berkilat di samping jarum pin yang lebih kukuh dan tahan.

Plastic-Pin Back

Kerangka Besi (Metal Shell)

Bagi kerangka besi, tiada perbezaan ketara yang boleh diklasifikasikan melainkan keadaan besi tersebut perlu dipastikan agar bebas dari kemek & permukaan yang rata tanpa sebarang bonjolan.

Lapisan Plastik Luar (Plastic Film / Mylar)

Begitu juga dengan lapisan plastik luar, tiada perbezaan yang khusus melainkan perlu dipastikan plastic tersebut bebas calar & debu.

Kesimpulannya, penyediaan asas yang baik dalam penghasilan button badge adalah sangat penting bagi menjaga mutu & kualiti button badge custom yang dihasilkan.


Instagram
Kenali kami: Akofena Enterprise Kota Bharu, Kelantan.
Printing & Design Service
Hotline: 017-9365563
Email: sales.akofena@gmail.com
fb.com/akofena.enterprise

Comments

Popular Posts