Keperluan Doorgift Untuk Persiapan Perkahwinan

Persiapan perkahwinan, satu topik hangat yang sentiasa diperkatakan sepanjang tahun. Banyak yang perlu disiapkan dengan matlamat untuk menyediakan yang terbaik untuk Majlis Perkahwinan nanti. Pencarian doorgift / goodies, apakah satu keperluan; dan  yang mana menjadi pilihan?
Keperluan Doorgift Untuk Persiapan Perkahwinan

Keperluan Doorgift Untuk Persiapan Perkahwinan

Pemberian hadiah atau saguhati merupakan satu budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat sejak sekian lama. Apa yang cuba diterjemahkan adalah rasa syukur dan terima kasih atas kunjungan tetamu untuk memeriahkan majlis. Perubahan zaman mempopularkan istilah doorgift dengan pelbagai barangan (tanda terima kasih) diterjemahkan dalam pelbagai bentuk,rupa, dan keadaan.

Keperluan atau Kehendak?

Nilai murni yang tersirat dari pemberian doorgift tiada salahnya untuk diteruskan, malah ianya dilihat sebagai satu keperluan bagi melahirkan penghargaan pada tetamu yang hadir. Dalam menyediakan doorgift beberapa perkara perlu dititik beratkan agar pemberian itu mencapai maksudnya, sekaligus perancangan perbelanjaan perkahwinan yang lebih bersederhana dapat dihasilkan.

Faktor Pemilihan Doorgift

  1. Peruntukan Kewangan (budget): Cukup sekadar perlu kerana tujuan asal penyediaan doorgift adalah untuk melahirkan penghargaan kepada tetamu; selain sekadar 'pencuci mulut' kepada hidangan makanan / juadah yang telah disediakan.
  2. Nilai Sentimental: Berbeza dari budaya asal masyarakat dahulu, generasi baru dilihat agak keliru tentang penempatan nilai sentimental pemberian. Natijahnya, pemilihan doorgift yang tidak bersesuaian disediakan seperti pendapat yang terkandung pada artikal: Doorgift Orang Kahwin Untuk Tong Sampah? oleh FauziahSamad.com.
Nilai sentimental ukurannya terkesan pada hati, ada pun benda yang diberi hanyalah sebagai simbolik semata, malahan asasnya terletak pada keikhlasan dan niat pemberi serta tidak lupa senyuman manis saat bertembung dua mata.
Dipetik dari: fzikuz

Fahami Tujuan Anda

Pemilihan doorgift adalah sesuatu yang subjektif untuk dibincangkan. Justeru, pelbagai pendapat boleh diterbitkan mengikut fahaman masing-masing. Perkara paling utama, fahami tujuan pemberian doorgift, berbelanja mengikut kemampuan dan wujudkan satu trend yang sihat untuk ikutan generasi akan datang.

Buat Pilihan, Optimumkan Penjimatan!

Pertambahan pesat pengeluar dan pembuat barangan doorgift membawa maksud persaingan harga turut berlaku. Wujudnya pelbagai jenis doorgift juga memberikan sedikit kesukaran untuk membuat pilihan. Capaian internet yang luas memaksa kebanyakan pengeluar untuk mula berkecimpung secara atas talian atau online. Justeru, luangkan masa anda untuk membuat carian di internet dan buat perbandingan harga, kualiti, cara kerja dan tahap kepercayaan penjual atau syarikat pembekal.

Saguhati Untuk Penanggah (Jong Kako)

Isitlah Penanggah (Jong Kako dalam dialek Kelantan ) diterjemahan oleh Pusat Rujukan Persuratan Melayu sebagai kumpulan tukang masak dan juga yang menolong semasa majlis kenduri kahwin. Mereka merupakan tulang belakang dalam memastikan majlis kenduri berjalan lancar. Oleh itu, pemberian saguhati kepada penanggah dilihat lebih utama dan lebih besar nilainya.

Antara saguhati yang menjadi pilihan ialah persalinan atau baju untuk dipakai sewaktu kenduri, button badge perkahwinan, kain sarung atau kain pelekat, wang ringgit atau gulai dan lauk-pauk untuk dibawa pulang.

Namun hal ini berbeza jika anda memilih untuk membuat tempahan katering perkahwinan.

Sumber: Azkanai'lah Katering, Kota Bharu, Kelantan

Kesimpulannya, keperluan doorgift untuk persiapan perkahwinan bergantung kepada tahap kewangan (budget) masing-masing, dan hendaklah diutamakan nilai murni yang telah diterapkan disamping bersederhana dalam penyediaannya.

Nota Kaki

Untuk tempahan button badge perkahwinan, sila hubungi kami atau isi borang tempahan dan pastikan semakan harga button badge mengikut peruntukan anda.

Instagram
Kenali kami: Akofena Enterprise Kota Bharu, Kelantan.
Printing & Design Service
Hotline: 017-9365563
Email: sales.akofena@gmail.com
fb.com/akofena.enterprise

Comments

Popular Posts