Button Badge Kartun


Button badge kartun banyak digunakan oleh individu atau pertubuhan yang terlibat dalam penjagaan dan pengurusan kanak-kanak, contohnya pengusaha taska atau tadika, pusat asuhan (nursery), dan penganjur program sama ada untuk aktiviti lawatan atau pertandingan (seperti Pertandingan Mewarna Hari Kemerdekaan 2014).

Button Badge Kartun

Kartun dan Kanak-kanak

Sehubungan perkembangan dunia digital yang pesat, dunia kanak-kanak di era moden kini dipenuhi dengan warna-warni rancangan animasi atau kartun. Kemudahan akses televisyen, kegunaan telefon pintar dan tablet memudahkan lagi mereka dihubungkan dengan rancangan kartun kegemaran.

Antara kesan positif yang boleh dimanfaatkan untuk situasi ini ialah:
  • Meningkatkan aktiviti pembelajaran: Mengajak atau mengajar kanak-kanak belajar menjadi lebih mudah jika bahan pembelajaran yang digunakan terkandung lakaran atau kartun kegemaran mereka.
  • Hadiah perangsang motivasi: Memberikan hadiah bagi setiap perkara baik yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah satu cara bijak dalam menggalakkan mereka untuk terus melakukannya. Antara hadiah yang paling disukai tentunya berkaitan kartun kegemaran mereka (jadi pastikan anda arif tentang setiap kartun yang selalu disebut anak-anak)
  • Pendidikan tidak formal yang berterusan: Pembelajaran visual mampu memberikan kesan yang lebih cepat kepada kanak-kanak, justeru kartun yang mempunyai intipati berbentuk pendidikan, nilai moral yang baik & pendedahan pengetahuan am yang berterusan dapt membentuk minda dan pemikiran kanak-kanak yang lebih sihat dan bijak.

Cara Kreatif Membantu Kanak-Kanak Belajar

Pelbagai cara boleh ditemui di internet menceritakan teknik-teknik yang sesuai bagi membantu kanak-kanak membaca, menulis, mengira dan lain-lain. Dalam menjalankan kajian ke atas pelbagai teknik tersebut, kami temui 1 teknik yang sangat menarik perhatian kami: Alphabet Egg Hunt: Uppercase and Lowercase Letter Match by http://teachmama.com (Pencarian Telur Abjad: Penyesuaian Huruf Besar dan Huruf Kecil.)  
Pencarian Telur Abjad: Penyesuaian Huruf Besar dan Huruf Kecil.

"It’s a perfect time of the year to throw in some sneaky before-nap or after naptime learning for our little ones, and though I know finding time can often be difficult, here’s an easy one for you: Alphabet Egg Hunt."

Untuk mengetahui bagaimana cara penyedian Telur Abjad, sila kunjungi website rasmi #techmama.

Nantikan kemaskini kami berkenaan satu permainan yang boleh membantu pembelajaran kanak-kanak dengan menggunakan Pin Button Badge 58mm.

Pembayang: Pemberian hadiah, meningkatkan motivasi dan manarik minat kanak-kanak.




Jika anda mempunyai cara atau teknik untuk dikongsikan bagi manfaat bersama, sertakan teknik-teknik tersebut dibahagian komen dan kepilkan sekali link / URL jika ada.

Untuk tempahan Pin Button Badge 58mm, sila ke pautan Borang Tempahan atau Hubungi Kami dipautan berikut: Facebook atau Email.

Instagram
 Kenali kami: Akofena Enterprise Kota Bharu, Kelantan.
Printing & Design Service
Hotline: 017-9365563
Email: sales.akofena@gmail.com
fb.com/akofena.enterprise

Comments

Popular Posts